Memandangkan kadar jenayah dalam kalangan remaja masa kini semakin meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di Sekolah-Sekolah Menengah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal kepada pelajar sekolah.
Sehubungan dengan itu, Sek. Men. Keb. Kedawang, Pulau Langkawi juga mengambil langkah positif iaitu dengan menubuhkan KPJ di peringkat sekolah. KPJ SMK Kedawang ini juga bergerak seiring untuk merealisasikan harapan kerajaan supaya kadar jenayah akan terhapus dan terkawal sejak di peringkat sekolah lagi.
KPJ SMK Kedawang ditubuhkan secara rasminya pada 30 Mei 2006.
No comments:
Post a Comment